SEREMBAN 16 April – Seorang warga emas ditemukan telah meninggal dunia di sebuah rumah di Desa Rhu dekat Sikamat di sini hari ini. Mangsa, Abdullah Halim Jamaludin, 73, dipercayai tinggal seorang diri di rumah berkenaan ketika kejadian itu berlaku. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Kamaruzaimi Harith berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 10.22 pagi yang meminta bantuan membuka kunci…










