KOTA KINABALU 29 April – Polis menahan seorang wanita warga asing dipercayai keldai dadah dan merampas 7.2 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM360,000 di depan sebuah gerai makan, berhampiran kawasan Pelabuhan Sandakan, di sini Selasa lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, suspek berumur dalam lingkungan 40-an itu ditahan pada pukul 5 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD)…









