Wanita Orang Asli maut kemalangan - Utusan Malaysia

Wanita Orang Asli maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Seorang wanita Orang Asli maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori Kilometer 135 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, di sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 12.00 tengah hari itu, Mah Mamat, 57, dari Kampung Chinta Manis, Karak meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, mangsa membonceng motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z yang ditunggang oleh rakannya, Asmah Raju Abdullah, 58, sebelum kejadian tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua mangsa telah bergesel dengan sebuah lori yang membawa muatan tisu dari Gambang menuju ke Bentong.

“Motosikal terbabit bergesel dengan lori berkenaan ketika memotong di sebelah kiri ketika melalui persimpangan lampu isyarat di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Asmah telah tercampak ke bahu jalan bersama motosikal itu manakala Mah berada di bahagian bawah lori.

“Wanita Orang Asli itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera di bahagian badan manakala Asmah hanya mengalami cedera ringan,” ujarnya.

Beliau memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini untuk bedah siasat dan rakannya turut menerima rawatan di tempat yang sama.

“Pemandu lori bersama kelindannya bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Tambahnya, polis telah mendapatkan keterangan daripada seorang saksi yang melihat kejadian tersebut dan siasatan lanjut masih diteruskan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini