Waktu malam tanpa tripod - Utusan Malaysia

Waktu malam tanpa tripod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Belia dan peranti telekomunikasi tidak boleh dipisahkan, seperti aur dengan tebing. Kitaran hidup mereka berkait rapat dengan penggunaan telefon pintar ekoran ia sudah menjadi satu gaya hidup yang wajib digunakan dalam aktiviti harian.

Masih tetap dengan pendirian untuk memberi yang terbaik buat golongan muda, Honor memperkenalkan edisi terbaharu siri Honor iaitu Honor 20 Lite yang bukan sahaja tampak mewah dalam rekaan, malah membolehkan mereka kekal berkomunikasi dan ekspresi diri melalui gambar serta video.

Honor, salah sebuah syarikat menerajui industri kamera telefon pintar turut menambah baik setiap siri keluaran produknya dan kali ini menawarkan tiga kamera belakang, kanta sudut lebar dan kamera untuk swafoto dengan 32 megapiksel.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Ketua Honor Malaysia, Zhao Zhiwei, telefon bimbit pintar baharu ini dilengkapi ciri-ciri menarik untuk memenuhi permintaan generasi muda dalam teknologi, reka bentuk, ekspresi peribadi dan komuniti.

“Menyedari cara unik golongan muda dalam mengekspresikan diri, Honor bertungkus lumus dalam memberi penekanan terhadap keperluan kamera.

“Tiga kamera belakang dan 32 megapiksel kamera hadapan pastinya mencipta aktiviti sosial dan gambar menarik ketika membidik gambar, sekali gus meninggalkan memori yang terindah,” katanya.

Sementara itu Pengarah Pemasaran Honor Malaysia, Clarrisa Ng berkata, gambar swafoto yang dibidik boleh dicetak sebesar poster dengan jelas.

“Selain memberi kelebihan kepada pengguna untuk membidik gambar dalam sudut yang luas, kelebihan kecerdasan buatan (AI) telefon pintar ini juga membolehkan anda membidik gambar pada waktu malam tanpa mengguna tripod dengan hasil yang amat menarik dan tidak gegar.

Spesifikasi

Prosesor : Huawei Kirin 710, octa-core
RAM: 4GB
ROM: 128GB
Perisian: EMUI 9.0 (berdasarkan Android 9.0)
Paparan: 6.21 inci
Kamera depan: 32 MP
Kamera belakang: 24MP + 8MP + 2MP
Size: 154.8 X 73.64 X 7.95mm
Berat: 164g
Bateri: 4,400mAh
Warna: Biru phantom dan merah phantom
Harga: RM949

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini