Wakil NGO berhimpun sokong Institusi Diraja - Utusan Malaysia

Wakil NGO berhimpun sokong Institusi Diraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 19 April – Lebih 100 orang mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari negeri ini berhimpun di Masjid Jamek Bandar Tiram dekat sini bagi menyatakan sokongan kepada institusi Diraja negeri ini.

Perhimpunan aman yang diadakan selepas solat Jumaat itu bermula pada pukul 2 petang sebelum tamat satu jam kemudian.

Pengerusi Penaja Pertubuhan Gabungan NGO Melayu dan Islam Negeri Johor, Mohd. Esa Baba Ali Khan berkata, sokongan tersebut juga bertujuan mengajak rakyat negara ini menghormati undang-undang negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua pihak terdiri daripada pemimpin kerajaan mahupun rakyat perlu mendukung undang-undang tempatan, iaitu Undang-Undang Tubuh Negeri Johor dan Perlembagaan Persekutuan.

“Tindakan ini perlu bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum di negara ini terjamin,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mengetuai perhimpunan aman tersebut di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini