SEJURUS Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu, ramai anak muda di Negeri Sembilan yang meluahkan rasa sedih dan menyesal dalam laman sosial apabila menyedari Datuk Seri Mohamad Hasan bukan lagi Menteri Besar. Sebelum PRU-14, mereka ini berkobar-kobar mahu menukar kerajaan ketika itu. Mereka yang paling aktif berkempen dalam laman sosial. Ini kalilah, laung mereka. Kebanyakannya berniat menyingkirkan pemimpin tertentu yang bermasalah dalam Barisan Nasional (BN). Mohamad atau…










