KUALA LUMPUR 30 April- Meskipun selepas dua kali diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) namun seorang peniaga di sebuah pusat beli-belah di Lorong Haji Taib, Jalan Raja Laut di sini tetap berdegil menjual jam berjenama tiruan. Akibatnya, premis sama sekali lagi diserbu KPDNHEP WPKL semalam serta sebanyak 1,317 pelbagai jenama tiruan dirampas dengan nilai dianggarkan kira-kira RM19,755. Lebih mengejutkan, pemilik premis berusia lingkungan 40-an…