LONDON 8 April – Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde sedar dengan ancaman fizikal daripada Manchester United dalam saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara, Khamis ini.
Gergasi La Liga itu bakal berkunjung ke Old Trafford bagi memburu kemenangan pertama di gelanggang lawan sebelum aksi timbal balas di Camp Nou, minggu hadapan.
United menyingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) untuk mara ke saingan suku akhir menerusi kemenangan 3-1 di Parc de Princes dan keputusan itu membuatkan Valverde tidak boleh memandang rendah kemampuan The Red Devils.
“Mereka pasukan yang hebat. Mereka mengharungi perjalanan yang hebat, sekali pun mereka tewas perlawanan terakhir mereka kepada Wolverhampton.
“Secara fizikal, mereka amat kuat dan mereka tahu bagaimana untuk memberikan tekanan terhadap pihak lawan.
“Mereka memiliki pemain yang secara fizikal amat berkuasa, dan mereka juga boleh menjadi amat bahaya secara strategi.” kata Valverde.- AGENSI










