UPNM hasilkan buku kajian struktur bahan tahan letupan - Utusan Malaysia

UPNM hasilkan buku kajian struktur bahan tahan letupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Trend serangan pengganas terutamanya menggunakan bahan letupan seperti di Indonesia dan Thailand boleh berlaku pada bila-bila masa di negara ini dan kerajaan perlu bersedia bagi menghadapi perkara tersebut.


Mengambil iktibar berkenaan, Pakar Pengurusan Projek dan Bahan Tahan Impak Letupan Fakulti Kejuruteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) , Prof. Madya Ir. Dr. Mohammed Alias Yusof menghasilkan buku ‘Blast Resistant Materials-Concrete And Glass’ iaitu mengenai kajian struktur bahan tahan letupan memandangkan hampir 100 peratus bangunan di Malaysia tidak tahan impak letupan. 


Jelasnya, batu-bata asas bangunan sedia ada terdedah kepada ancaman serangan pengganas yang boleh menyebabkan kecederaan dan kerosakkan teruk kepada bangunan tersebut seterusnya mendatangkan risiko kematian.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil kajian selama 10 tahun untuk menghasilkan buku tersebut dengan pelbagai pihak kami dapati serat keluli yang dimasukkan ke dalam konkrit dengan campuran tertentu yang telah dipatenkan bangunan mampu menahan impak letupan, di mana tidak terdapat dalam struktur bangunan sedia ada.


“Penghasilan buku ini telah berjaya mendapat kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk syarikat industri ketenteraan Arab Saudi,” katanya ketika ditemui Utusan Online pada Pest Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL 2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Buku yang ditulis selama dua tahun itu dikeluarkan oleh UPNM dan dijual pada harga RM70. 

Tambah Mohammed Alias, buku yang dilancarkan pada April 2018 itu diharapkan menjadi rujukan kerajaan dan badan-badan berkepentingan. 


“Saya berharap buku dan ilmu ini boleh dikongsikan kepada jurutera struktur dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya dapat menaik taraf bangunan sedia ada,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini