MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui skuadnya gagal memulakan aksi dengan baik walaupun mereka meraih kemenangan 2-1 pada aksi Liga Perdana England menentang Watford kelmarin. Justeru, bekas legenda United tersebut meluahkan sedikit rasa kecewa memandangkan ia adalah perlawanan pertamanya sebagai pengurus tetap di Old Trafford. “Pada 20 minit pertama, kami memulakan aksi dengan perlahan serta tidak fokus. Ini mungkin disebabkan ada dalam kalangan pemain masih dirundung kecederaan…