Ular sawa baham dua ekor ayam ditangkap - Utusan Malaysia

Ular sawa baham dua ekor ayam ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERANG 30 April – Seekor ular sawa batik sepanjang enam meter yang kekenyangan selepas membaham dua ekor ayam berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Batu 19, Jalan Kampung Rambutan di sini hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd. Shukri Shuib berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk, Azhar Ramli, 51, berhubung penemuan reptilia seberat kira-kira 10 kilogram (kg) itu pada pukul 2.58 petang ini.

“Penduduk itu meminta bantuan untuk menangkap seekor ular sawa yang ditemukan sedang kekenyangan di dalam reban,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, anggota APM yang tiba di lokasi pada pukul 3.08 petang mengambil masa selama 15 minit untuk menangkap reptilia tersebut.

“Ular sawa ini akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri untuk tindakan lanjut,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini