UiTM pandang serius dakwaan pensyarah bersekedudukan dengan penuntut - Utusan Malaysia

UiTM pandang serius dakwaan pensyarah bersekedudukan dengan penuntut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) memandang serius dakwaan terdapat pensyarahnya di cawangan Dengkil gemar berzina dengan penuntutnya seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Naib Canselor UiTM, Prof Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim berkata, beliau telah mengarahkan pegawai UiTM membuat laporan polis bagi menyiasat dakwaan tersebut.

“Siasatan dalaman juga dilakukan bagi mengetahui kesahihannya dan berharap semua pihak tidak membuat kesimpulan awal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga mempunyai prosedur dan sekiranya betul seperti didakwa, perkara ini akan dibawa ke dalam jawatankuasa tatatertib untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Azraai berkata, pihaknya mengalukan kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai bukti berhubung perkara itu dengan segala maklumat dan identiti pemberi maklumat akan dilindungi.

“Kita mahu pemberi maklumat ini tampil membuat laporan supaya siasatan boleh dibuat. Jika terbukti, kita akan ambil tindakan,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter memuat naik status yang mendakwa pensyarah di UiTM Dengkil suka berzina dengan penuntut sama ada lelaki atau wanita.

Status itu mendapat perhatian pengguna laman sosial tersebut termasuk seorang yang mendakwa pensyarah undang-undang yang pernah mengajar di UiTM cawangan tersebut.

“Ini tuduhan yang berat serta memberi kesan kepada kakitangan Fakulti Undang-Undang. Kami akan mempertimbangkan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini