Tabiat membawa ubat-ubatan atau vitamin dalam beg tangan memang memudahkan, tetapi bagi Khairul Anuar dan isteri, tabiat itu hampir meragut nyawa anak mereka. Kejadian dua tahun lalu menjadi iktibar bagi Khairul Anuar, 47, dan Noraini Mazlan, 42, supaya tidak mengambil mudah soal penyimpanan ubat. Mengimbau kembali, kejadian itu berlaku ketika dia dan isterinya yang hamil lima bulan sedang berehat di ruang tamu selepas pulang dari kerja. “Semasa hendak ke tandas, saya terkejut melihat anak sedang mengunyah sesuatu dan terdapat sisa serbuk berwarna putih sekitar mulutnya. Rasanya dia sudah makan beberapa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya