KUALA LUMPUR 15 April – Kesal kerana menunjukkan isyarat lucah, pemain Selangor, Nurridzuan Abu Hassan meminta maaf kepada penyokong Perak dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu. Nurridzuan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama dengan mengambil pengajaran daripada insiden tersebut malah bersedia untuk menerima hukuman daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). “Saya mula sedar setelah keluar padang kerana saya sudah membebankan…










