SEPANG – Tulang manusia dipercayai milik seorang perempuan ditemukan oleh seorang juruukur di sebuah kawasan hutan ladang getah terbiar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Dato Abu Bakar Baginda di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, pekerja terbabit dikatakan menemui mayat berkenaan ketika membuat kerja-kerja pengukuran tanah di seluruh kawasan universiti terbabit. Difahamkan, tempat kejadian adalah dalam anggaran jarak satu kilometer dari padang ragbi dan kira-kira 30 meter…










