SHAH ALAM 10 April – Saksi ke-29 dalam prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim hari ini memaklumkan terdapat kemungkinan tujuh tulang rusuk kiri bahagian belakang anggota bomba itu yang patah tidak pernah diperiksa ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya atau di Institut Jantung Negara. Bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang dahulu dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia…









