Tujuh mesin penapis air layan diri tanpa lesen di sita di Kemaman - Utusan Malaysia

Tujuh mesin penapis air layan diri tanpa lesen di sita di Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN  – Pejabat Kesihatan Kemaman telah menyita tujuh mesin penapis air layan diri yang disyaki beroperasi tanpa lesen di sekitar daerah ini hari ini.

Kesemua penapis air layan diri yang disyaki beroperasi tanpa surat kebenaran sah Kementerian Kesihatan itu telah disita menerusi pemeriksaan yang diadakan di kawasan Banggol Indah, Taman Fikri dan Jalan Air Puteh di sini. 

Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mohd. Rosli Abd. Wahab berkata, operasi bersepadu tersebut turut disertai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna dan Metrology Corporation Malaysia Sdn. Bhd.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak tujuh mesin penapis air layan diri di daerah ini telah diperiksa dengan empat daripadanya telah disita kerana beroperasi tanpa lesen.

“Dua lagi didapati tidak beroperasi kerana telah rosak manakala sebuah lagi dalam proses permohonan mendapat kebenaran KKM. Pemantauan ini dilakukan bagi memasti air yang dijual selamat kepada pengguna,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Rosli berkata, pemeriksaan juga mendapati kebanyakan mesin penapis air layan diri yang disita tersebut tidak dijaga kebersihannya dengan sebahagiannya berlumut terutama di bahagian tempat tadahan air. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini