MARAN – Seorang guru yang sedang hamil empat bulan maut bersama suami, anak serta kedua-dua ibu bapanya dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 101, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini semalam. Guru yang maut ialah Norsuraya Mohd. Noor, 30, dan suaminya, Musa Abdullah, 31, yang disahkan meninggal dunia di tempat nahas. Turut terkorban di tempat kejadian ialah anak pasangan tersebut, Muhammad Zulkarnain, 3, bersama datuknya, Mohd. Noor Che Mat, 78, dan neneknya, Hashimah Ismail, 66. Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya