PUTRAJAYA 30 April – Tolak rasuah untuk majukan negara. Itu mesej Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada lebih 1,000 pegawai tinggi kerajaan yang menghadiri Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri di Dewan De seri Endon, Puspanitapuri di sini hari ini. Menurut Dr. Mahathir, semua pentadbir kerajaan perlu berikrar untuk tidak terlibat rasuah sekiranya mereka sayangkan negara dan mahu negara dihormati oleh masyarakat dunia. Beliau secara sinis berkata, ramai…










