Tindakan tegas kepada pengguna yang membuat pusingan-U haram - Utusan Malaysia

Tindakan tegas kepada pengguna yang membuat pusingan-U haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 April – Tindakan tegas akan diambil terhadap pengguna jalan raya yang membuat pusingan-U secara haram berhampiran bangunan Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jalan Ampang, di sini.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah menerima aduan berhubung perkara itu oleh orang awam.

“Oleh itu, tindakan menghalang kesalahan itu telah dilaksanakan di kawasan terbabit bagi mengelakkan kemalangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengguna jalan raya di kawasan itu dinasihatkan mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak membuat pusingan-U yang membahayakan keselamatan pengguna lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini