KUNAK 2 April – Tiga rumah musnah dalam satu kebakaran di Kampung Jaya Baru 3, di sini petang semalam. Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.35 petang. “Kebakaran melibatkan tiga rumah iaitu dua rumah jenis tidak kekal dan sebuah jenis kekal, manakala dua kenderaan dan dua motosikal turut musnah dalam kejadian itu. “Pasukan Bomba…










