Tiga penyokong Chelsea dihalang memasuki Eden Arena - Utusan Malaysia

Tiga penyokong Chelsea dihalang memasuki Eden Arena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 12 April – Chelsea telah menghalang tiga penyokong Blues daripada memasuki stadium untuk aksi suku akhir pertama Liga Europa menentang Slavia Prague, awal pagi tadi selepas mendapati mereka menyanyikan lagu yang mampu mengundang provokasi terhadap pemain Liverpool, Mohamed Salah.

Video yang menyaksikan penyokong Chelsea menyanyikan lagu ‘Salah adalah pengebom’ di Prague telah tersebar di media sosial sekali gus mengundang kritikan.

Tiga daripada enam penyokong berkenaan telah dikenal pasti oleh pasukan keselamatan dan dihalang daripada memasuki Eden Arena untuk aksi suku akhir Liga Europa, awal pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkara tersebut disahkan oleh Chelsea dalam satu kenyataan pada hari ini.

“Chelsea telah mempunyai segala bukti yang kukuh terhadap pemegang tiket semusim dan pihak kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tingkah laku sedemikian.

“Tingkah laku berkenaan juga amat memalukan,” kata kenyataan daripada kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini