KUALA LUMPUR 16 April – Polis menahan tiga lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dengan menyamar sebagai anggota polis di Kondominium Jalan Klang Lama dan Jalan Sultan Ismail, di sini semalam. Difahamkan, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 25 sehingga 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, pihaknya turut merampas lapan telefon bimbit…










