Tiga lelaki larikan tabung surau diburu - Utusan Malaysia

Tiga lelaki larikan tabung surau diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April-Polis sedang memburu tiga lelaki yang melarikan tabung surau Baitul Rahmah, Batu Biah di Limbang, Sarawak pada Sabtu lalu.

Memetik laporan Utusan Borneo, kejadian itu berjaya dirakam kamera litar tertutp (CCTV) yang diletakkan dalam surau terbabit sehingga tular di aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan video berdurasi enam minit itu, ketiga-tiga suspek yang memakai topeng muka dan topi kaledar dilihat memasuki surau berkenaan kira-kira pukul 2.32 pagi dan cuba membuka tabung berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, apabila gagal membukanya, ketiga-tiga lelaki tersebut bertindak mengangkat tabung berkenaan keluar dari tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Limbang, Deputi Superintenden Tega Bilong berkata, kejadian itu disedari jawatankuasa surau apabila tabung surau yang diikat dengan rantai besi pada tiang simen dalam surau hilang disyaki dicuri.

“Pemeriksaan CCTV yang dipasang dalam surau mendapati tiga lelaki suspek itu memakai topi kaledar dan bertopeng muka.

“Hasil siasatan telah menemukan tiga kesan cap jari di cermin tingkap laluan suspek masuk,” lapor Utusan Borneo hari ini.

Menurut Tega, sehingga kini usaha mengenal pasti suspek giat dilakukan.

“Kejadian itu menyebabkan kerugian sebanyak RM300 dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini