MADRID 2 April – Real Madrid mungkin menjual Thibaut Courtois atau Keylor Navas, musim panas ini selepas ketua jurulatih, Zinedine Zidane berkata, hari ini, kelab itu sudahpun mempunyai pilihan untuk penjaga gol utama, musim depan. Zidane turut mempertahankan keputusannya dengan tidak menurunkan kedua-dua penjaga gol tersebut sewaktu menentang Huesca, Sabtu lalu, malah, sebaliknya memberi kepercayaan kepada anak lelakinya, Luca yang berusia 20 tahun untuk melakukan penampilan kedua dalam perlawanan kompetitif…










