KUALA LUMPUR 27 April – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan tiga pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dimansuhkan sebagai langkah penstrukturan semula beberapa jabatan dalam agensi keselamatan itu. Mohamad Fuzi ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, bagaimanapun, seperti dimaklumkannya sebelum ini, proses pertukaran membabitkan pegawai dan anggota di tiga pasukan khas tersebut memasuki 60 peratus dan dijangka lengkap dalam masa terdekat. “Ya saya sahkan. Tiada lagi…










