IPOH – Kerajaan negeri Perak menafikan telah meluluskan projek pembinaan pelantar kapal dan kilang gas asli cecair di Teluk Senangin, Segari dekat Lumut yang berdekatan dengan kawasan pantai pendaratan penyu. Ini berikutan wujud kebimbangan daripada penduduk setempat terutama nelayan kerana sebarang pembangunan di kawasan tersebut boleh merosakkan ekologi hidupan marin. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sehingga kini belum ada mana-mana pihak yang mengemukakan cadangan bagi tujuan berkenaan kepada…










