Tiada bom di IMU - KPD Cheras - Utusan Malaysia

Tiada bom di IMU – KPD Cheras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Polis mengesahkan Universiti Perubatan Antarabangsa Malaysia (IMU), Bukit Jalil bebas dari ancaman bom.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mokhsein Mohamed Zon

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan terdapat ancaman bom di universiti terbabit pada pukul 1.30 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik sahaja menerima maklumat tersebut, sepasukan unit peronda dan anggota peronda cegah jenayah dari Balai Polis Bukit Jalil telah dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kita turut menempatkan Unit Anjing Pengesan K9 serta Unit Pemusnah Bom dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk memeriksa seluruh kawasan universiti terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mokhsein, selepas lebih dua jam memeriksa kawasan berkenaan, Ketua Pasukan Pemeriksaan dari Unit Pemusnah Bom IPK Kuala Lumpur telah mengesahkan tiada sebarang ancaman bom di situ.

“Kesemua kakitangan dan pelajar telah dibenarkan memasuki semula bangunan tersebut dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana mengugut,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini