PUTRAJAYA – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor esok kerana dipercayai menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion. Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki berusia 38 tahun itu akan berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Katanya, suspek sebelum ini telah ditahan SPRM pada Februari tahun…










