KUALA LUMPUR 15 April – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) meneroka tenaga boleh diperbaharui antarabangsa melalui pengambilalihan Amplus Energy Solutions Pte. Ltd. (M+). Syarikat minyak dan gas (O&G) negara itu telah menandatangani satu perjanjian dengan pelabur infrastruktur global terkemuka, I Squared Capital bagi mengambil alih 100 peratus kepentingan dalam M+. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, pengambilalihan tersebut dijangka selesai pada bulan ini.…










