PROSES peletakan jawatan Datuk Osman Sapian selaku Menteri Besar Johor berjalan lancar apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerimanya di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, pukul 9 pagi tadi. Ramai menjangkakan sebelum ini, perubahan pucuk pimpinan itu akan mencetuskan kemelut politik berpanjangan di Johor termasuk mengheret Putrajaya dan pihak istana Johor dalam kancah pertelingkahan dan mengkusutkan lagi hubungan yang sudah sedia bercelaru. Perkembangan itu hingga ada menjangkakan akan berlaku krisis Perlembagaan versi baharu antara kerajaan Perseketuan dengan kerabat diraja Johor. Walaupun tempoh Osman yang juga Pengerusi Pakatan Harapan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya