Terengganu sambut baik cadangan wajibkan ahli politik isytihar harta - Utusan Malaysia

Terengganu sambut baik cadangan wajibkan ahli politik isytihar harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu menyambut baik langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mewujudkan akta yang akan mewajibkan ahli politik serta pegawai kanan kerajaan membuat pengisytiharan harta.

Menteri Besarnya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya sentiasa mengambil pendekatan terbuka terhadap sebarang cadangan atau usaha SPRM dalam menangani isu integriti termasuk melibatkan pentadbiran negeri.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd. Jamil berkata, berdasarkan undang-undang baharu itu mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan penjara atau denda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berkaitan perkara ini, kita akan tunggu maklum balas daripada SPRM berhubung dengan kerajaan negeri. Untuk makluman semua wakil rakyat kita telahpun melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada Februari lalu sebagai komitmen untuk mencegah gejala rasuah.

“Bagaimanapun, kita akan ambil langkah yang sesuai dan bertepatan bagi menyokong pelaksanaan peruntukan khusus dalam Akta SPRM 2019 yang dijangka direalisasikan hujung tahun ini,” katanya pada pemberita selepas menghadiri Terengganu Inc. Group Corporate Directors Programme di sini hari ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini