KUALA LUMPUR 4 April – Semua calon terbuka untuk bertanding apa-apa jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuklah Presiden parti. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan bahawa perkara itu kerana parti tersebut mengamalkan sistem demokrasi. “Sesiapa yang mungkin berhasrat untuk bertanding apa jawatan, kita amalkan demokrasi. Itu terserah kepada mereka. “Saya setakat ini tidak tahu, mungkin ada yang nak cabar, tak apa…










