KUALA LUMPUR – Tera Empire, pengeluar produk penjagaan kecantikan berjenama Tera Skincare, memperkenalkan konsep Tera Famili yang mengetengahkan amalan bekerjasama sebagai satu keluarga dalam kalangan pengedar, stokis dan dropship menjalankan perniagaan.
Pengasas Bersama syarikat, Noraini Mohd. Yusof berkata, latihan dan bimbingan diberikan kepada rangkaian pengedarannya setiap minggu secara percuma tanpa meminggirkan mereka.
“Kami mahu mewujudkan kegembiraan dan kepuasan berniaga dalam kalangan pengedar, stokis dan dropship agar mereka terus bermotivasi dan berusaha untuk meningkatkan jualan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi pengenalan produk di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Sehingga kini, Tera Empire memiliki seramai 103 stokis dan 324 dropship di seluruh negara.
Selain itu, Noraini menyasarkan jualan syarikat mampu mencecah sehingga 30,000 unit sebulan sepanjang tahun ini ekoran sambutan luar biasa yang diterima terhadap produknya yang mula dipasarkan suku pertama tahun ini.
Beliau menjelaskan, produk yang terdiri daripada set lengkap merangkumi sabun muka, penyegar, krim siang dan krim malam itu telah pun terjual sebanyak 5,000 unit sehingga kini.
“Meskipun berdepan dengan persaingan sengit tetapi testimoni positif daripada pelanggan terhadap produk kami dan kekuatan kualitinya membuatkan strategi jualan khususnya secara online, telah berjaya,” katanya.
Noraini memberitahu, pihaknya telah mengambil masa selama enam bulan untuk menjalankan penyelidikan bagi menghasilkan produk berkualiti tinggi selain mencari kelainan dari segi kesannya kepada pengguna.
“Contohnya bagi mereka yang memiliki kulit bermasalah, proses pengelupasan akan berlaku antara sehari hingga tujuh hari bagi membuang kulit mati,” katanya.
Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Tera Skincare boleh menghubungi 011-5886 4459 atau layari Instagram: teraskincarehq dan Facebook: teraskincare.









