BANDAR GAZA, Wilayah Palestin – Sekurang-kurangnya 60 rakyat Palestin cedera ketika bantahan di sepanjang sempadan Gaza kelmarin termasuk 36 mangsa terkena tembakan tentera Israel, menurut Kementerian Kesihatan Gaza. “60 orang cedera oleh pasukan tentera Israel dan 36 ditembak menggunakan peluru hidup, kata jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra kepada agensi berita AFP. Seorang jurucakap wanita Tentera Israel mendakwa kira-kira 7,000 penunjuk perasaan berkumpul di beberapa kawasan di sepanjang tembok sempadan dan membaling…










