KOTA BHARU – Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra, 45, selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati dari Sweden, Sofie Louise Johansson, 33, dalam satu istiadat tertutup di Istana Balai Besar, di sini, malam ini.
Pasangan itu dinikahkan oleh Datuk Aria Diraja yang juga Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad pada 8.35 malam.
Khutbah nikah pula dibacakan oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Turut berangkat bonda Sultan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid yang tiba pada 8.30 malam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Istiadat pernikahan itu disusuli majlis persandingan dan jamuan diraja yang dihadiri kerabat terdekat Diraja Kelantan serta kenalan terdekat Tengku Muhammad Faiz Petra. – Bernama











