JERANTUT – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah mencemar duli menghadiri Program Ramah Mesra dan Sukan Rakyat di Kuala Tahan di sini hari ini. Kunjungan baginda buat kali pertama membuatkan penduduk tempatan begitu teruja berada di samping raja berjiwa rakyat itu. Baginda turut melapangkan masa untuk menghadiri majlis pengurniaan sumbangan kepada penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Tiang. Program tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Jerantut,…










