SAN DIEGO, California – Sekumpulan saintis telah berkongsi rakaman beberapa ekor tikus kanggaru melakukan aksi akrobatik untuk melarikan diri malah menendang pemangsa seperti ular orok-orok di laman perkongsian video YouTube baru-baru ini. Pelajar ijazah doktor falsafah San Diego State University, Malachi Whitford menjelaskan rakaman kamera terdahulu tidak cukup laju dan menunjukkan tikus itu seperti telah dipatuk serta mempunyai imuniti terhadap bisa ular. Imej baharu ‘tendangan ninja’ itu merungkai misteri tikus…










