Teknik bom air padam kebakaran hutan sekitar Sungai Ular - Utusan Malaysia

Teknik bom air padam kebakaran hutan sekitar Sungai Ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 25 April – Kebakaran hutan di tiga lokasi utama iaitu di sebelah kawasan kuari, Sekolah Kebangsaan Sungai Baging dan Alliance Steel (M) Sdn. Bhd. yang terletak berhampiran Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) di sini menyebabkan ruang udara di sekitar Sungai Ular diselubungi asap.

Dianggarkan sebahagian daripada 848 hektar hutan tanah gambut di kawasan itu terbakar sejak minggu lalu sekali gus menyebabkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan 300 iaitu pada tahap sangat tidak sihat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Nor Hisham Mohamad berkata, kebakaran hutan melibatkan kawasan kira-kira 420 hektar itu dikesan sejak 18 April lalu yang bermula dengan skala kecil namun cuaca panas dan tiupan angin menyebabkannya merebak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keadaan cuaca kering menyebabkan kebakaran merebak dan menghampiri MCKIP sejak tiga hari lalu yang mana situasi itu menimbulkan kebimbangan pengurusan taman perindustrian berkenaan.

“Operasi memadamkan kebakaran agak sukar kerana tiada laluan masuk ke kawasan terjejas dan usaha kini dilakukan melalui udara menggunakan teknik pengeboman air,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini