ISKANDAR PUTERI 17 April – Tour de Iskandar Johor (TdIJ) 2019 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Dataran Mahkota di sini. Upacara pelepasan disempurnakan Menteri Besar, Dr. Sahruddin Jamal kira-kira pukul 12 tengah hari tadi dengan diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar. Seramai 115 peserta dalam dan luar negara daripada 23 pasukan terlibat, perlumbaan itu mempunyai tiga peringkat yang akan berakhir…










