KUALA LUMPUR – Tayangan semula pemenang Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30), Crossroads: One Two Jaga bakal diadakan di pawagam terpilih bermula 4 hingga 10 April ini. Tayangan semula filem arahan Nam Ron itu bakal menemui penonton di lapan buah pawagam iaitu TGV Cinemas Sunway Pyramid, TGV Cinemas Wangsa Walk, TGV Cinemas 1 Utama, TGV Cinemas Tebrau City, TGV Cinemas Bukit Raja, TGV Cinemas KLCC, TGV Cinemas Dpulze dan…










