Tarrant berdepan 50 tuduhan bunuh - Utusan Malaysia

Tarrant berdepan 50 tuduhan bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUCKLAND 4 April – Brenton Tarrant, pengganas kulit putih yang me­lakukan serangan di dua buah masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu akan berdepan 50 pertuduhan membunuh dan 39 cubaan bunuh.

Stuff New Zealand melaporkan, Tarrant, 28, dijangka muncul melalui pautan video di Mahkamah Tinggi Christchurch esok (Jumaat) untuk kali kedua sejak didakwa melakukan pembunuhan di Masjid Al Noor dan Linwood.

Polis dalam kenyataan memberitahu, beberapa dakwaan lain ke atasnya masih dipertimbangkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tarrant kini ditempatkan dalam pengawasan berskala tinggi di Penjara Auckland di Paramoremo.

Dalam pada itu, media tempatan dan antarabangsa membuat 12 permohonan untuk merakam dan mengambil gambar kemunculan suspek di mahkamah.

Bagaimanapun kesemua permohonan berkenaan ditolak Hakim Mahkamah Tinggi, Ca­meron Mander.

Terdahulu, tertuduh memaklumkan kepada peguamnya bahawa dia ingin mewakili diri sendiri dalam prosiding tersebut.

Sumber mendedahkan Tarrant juga membuat aduan telah dihalang menerima kunjungan luar dan tidak dibenarkan membuat sebarang panggilan telefon dari dalam penjara.

“Dia kini diletakkan dalam pemantauan dan pengasi­ngan berterusan. Oleh itu, dia tidak dibenarkan membuat panggilan telefon atau mene­rima kunjungan,” jelas sumber tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini