KUALA LUMPUR 3 April – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melakukan beberapa inisiatif bagi menjadikan buah durian sebagai tarikan pelancong ke negara ini. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, langkah tersebut boleh memberi kesan ekonomi berantai kepada keseluruhan rakyat Malaysia termasuk pekebun, penggiat sektor perkhidmatan teksi serta penginapan. “Kerajaan akan melakukan beberapa inisiatif bagi menarik perhatian peminat-peminat durian (pelancong asing) untuk makan durian…










