Tapak projek Rapid Pengerang terbakar - Utusan Malaysia

Tapak projek Rapid Pengerang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI – Polis mengesahkan berlakunya satu kebakaran kecil di salah satu lot tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang di sini awal pagi hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 1.25 pagi.

“Setakat ini disahkan dua pekerja warga tempatan mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar bagi mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Pusat Kecemasan Perubatan Rapid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebakaran yang berlaku telah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.15 pagi dengan kekuatan seramai 30 anggota dan lima kenderaan Bomba ERT Petronas Rapid,” katanya.

Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini