Taktik jual rokok seludup waktu malam - Utusan Malaysia

Taktik jual rokok seludup waktu malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri mengesan taktik peniaga runcit yang menjual rokok seludup pada waktu malam bagi mengaburi mata pihak berkuasa di negeri ini.

Peniaga terbabit dikatakan menjual rokok-rokok tidak sah itu kepada pelanggan tetapnya bermula sekitar waktu Maghrib sehingga ke tengah malam kerana merasakan ia tempoh yang selamat.

Pengarah JKDM negeri, Datuk Saidi Ismail berkata, pihaknya mengesan modus operandi itu yang kebanyakannya dilakukan oleh peniaga runcit selain ada yang menjual secara online.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mungkin mereka (peniaga runcit) fikir kastam tidak kerja waktu malam. 

“Namun penguatkuasaan kita adalah berterusan 24 jam sehari,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan operasi di dua buah kedai runcit di Permatang Pauh di sini malam tadi.

Dalam operasi kira-kira tiga jam yang turut disertai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) itu, kira-kira 30 kotak rokok tidak sah telah dirampas.

JIM turut menahan sembilan pekerja lelaki iaitu seorang warga Myanmar dan (lapan) Indonesia berusia di antara 25 hingga 40 tahun yang disyaki melakukan kesalahan-kesalahan berkaitan imigresen. 

Sementara itu, Saidi mengingatkan peniaga agar tidak menjual rokok seludup kerana ia melibatkan hukuman denda yang tinggi iaitu sehingga tidak kurang RM100,000 jika didapati bersalah.

“Walaupun menjual dalam kuantiti sedikit, tetapi ramai di antara mereka yang tidak mampu bayar denda dan terpaksa memilih untuk meringkuk di dalam penjara,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini