LUMUT 14 April – Sekalipun kemenangan diraih atas faktor nasib gara-gara gol sendiri pihak lawan, PKNP FC tetap gembira meraih mata penuh, sekali gus membaiki kedudukan dalam Liga Super untuk naik ke tangga ketujuh. Dalam pertemuan dengan Melaka United di Stadium Perbandaran Manjung di sini malam tadi,PKNP FC menang 1-0, hasil gol sendiri pertahanan lawan, Ahmad Khuzaimi Piee pada minit ke-65 perlawanan. “Saya akui, kita menang mungkin kerana nasib namun…










