MELAKA – Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai melakukan khianat dengan menyimbah cat berwarna ungu di pintu Masjid Tengkera di sini awal pagi tadi. Insiden itu disedari oleh jemaah yang ingin menunaikan solat Subuh kira-kira pukul 6 pagi tadi sebelum laporan polis dibuat. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, susulan laporan tersebut, seorang suspek berusia 38 tahun ditahan di sekitar masjid berkenaan pada pukul 8.30 pagi. “Kita turut merampas satu tin cat berwarna ungu di tempat dia ditahan. Siasatan lanjut masih diteruskan, namun kita tidak menolak kemungkinan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya