KUALA LUMPUR 22 April – Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM424,867.57 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah. Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, sejak 2010, Bank Islam telah menghulurkan lebih RM2.9 juta zakat kepada Kedah sekali gus menjadikan jumlah terkumpul sumbangan zakat Bank Islam kepada negeri tersebut mencecah RM3.4 juta. Beliau berkata, selain penyerahan zakat perniagaan, Bank Islam turut menyerahkan bantuan berbentuk alatan…










