Sultan Nazrin bimbang pihak manipulasi undang-undang - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin bimbang pihak manipulasi undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 April – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan kebimbangan terhadap golongan yang boleh memanipulasikan undang-undang di negara ini.

Titah baginda, apabila undang-undang dimanipulasikan, ia memberi kekebalan kepada pihak-pihak yang memiliki kuasa, memberi kelebihan dan melindungi pihak-pihak yang memiliki kekayaan.

Sultan Nazrin bertitah, perkara ini juga akan menyebabkan prosiding dan proses undang-undang boleh terhalang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila terdapat ruang yang terlalu luas, membolehkan undang-undang dimanipulasikan, dikhuatiri, prosiding dan proses undang-undang boleh terhalang, lantas mewujudkan keadaan yang akan memberi kekebalan kepada pihak-pihak yang memiliki kuasa dan memberi kelebihan, melindungi pihak-pihak yang memiliki kekayaan,” titah baginda.

Baginda bertitah pada Majlis Konvokesyen ke-24 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP), Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (LPQB) di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi LPQB dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Seramai 664 orang graduan CLP lulus pada tahun lalu dan menerima tauliah masing-masing hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini