Sudut Books4Gifts di UniMAP - Utusan Malaysia

Sudut Books4Gifts di UniMAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 24 April – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan ‘Sudut Books4Gifts’ yang dilaksanakan di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di kampus induknya di Pauh Putra bermula Ahad lalu.

Program berkenaan merupakan inisiatif fokus UniMAP terhadap pelaksanaan ‘Dekad Membaca Perpustakaan’. Inisiatif berterusan akan diadakan untuk menjadikan ‘Sudut Books4Gifts’ ini sebagai destinasi kunjungan terutama bagi kanak-kanak dalam kalangan kelompok B40.

Keberangkatan tiba baginda berdua yang juga merangkap Tuanku Canselor dan Tuanku Pro Canselor universiti disambut oleh Ketua Pustakawan PTSFP, Mazmin Mat Akhir. Turut hadir ialah Naib Canselor, Datuk Prof Zul Azhar Zahid Jamal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Zul Azhar dalam ucapan alu-aluan beliau, menyeru bagi pihak UniMAP agar para individu dan juga badan korporat tampil beramai-ramai untuk menyumbang dana kepada Program ‘Books4Gifts’ dan melestarikan program ‘Buku Percuma untuk Semua’ ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini